fbpx
Print Friendly, PDF & Email
kimchee-gangnam-map

Kereta bawah tanah (Regular AREX)
Masa perjalanan: 90 min (Caj: 4050 won)

  1. Menaiki kereta bawah tanah Regular AREX ke stesen ‘Gimpo Airport’.
  2. Di stesen ‘Gimpo Airport’, pindah ke Line 9 (berwarna coklat) ke stesen ‘Express Bus Terminal’.
  3. Di stesen ‘Express Bus terminal’, pindah ke line 7 (berwarna hijau gelap) ke stesen ‘Gangnam-gu’ Office.
  4. Di stesen ‘Gangnam-gu Office’ Station, menuju ke arah EXIT 3.
  5. Keluar dari Exit 3 dan terus jalan, kemudian belok kanan di persimpangan yang pertama.
  6. Terus jalan sehingga menjumpai kedai serbaneka ‘CU’ dan kemudian belok kiri.
  7. Jalan melepasi Tom n Toms Coffee dan sebuah restoran Korea bernama ‘YUKDAEJANG(육대장)’, kemudian belok kanan di lorong pertama di sebelahnya.
  8. Anda akan menjumpai papan tanda guesthouse kami.

Bas limosin (No. 6703) (Caj: 16,000KRW)
Masa perjalanan: 95 min / Caj: 16,000 won

  1. Keluar dari pintu utama di tingkat satu di Incheon international Airport.
  2. Menaiki bas Airport Limousine No. 6703 di Gate 4A atau 10B (dikemaskini pada Dis 2017).
  3. Turun di perhentian yang pertama, ‘Imperial Palace Hotel’.
  4. Selepas turun dari bas, jalan ke arah persimpangan yang besar.
  5. Melintasi persimpangan tersebut dan menuju ke arah ‘Paul Bassett Coffee’.
  6. Belok kanan dan terus jalan sehingga tiba di farmasi.
  7. Belok kiri di farmasi tersebut.
  8. Terus jalan sehingga menjumpai papan tanda Motel, belok kanan dan naik bukit itu.
  9. Jalan melepasi pengedar kereta ‘KIA’ dan belok kiri di lorong yang pertama.
  10. Anda akan menjumpai papan tanda guesthouse kami!
0