Restoran Halal di Busan

 

  1. Restoran Morocco Casablanca

Terletak berdekatan dengan Masjid Al-Fatah di Busan adalah sebuah restoran makanan Morroccan dari Casablanca yang mesti dicuba. Restoran ini menghidangkan makanan yang sihat dan hebat, termasuklah couscous (kuskus) dan pelbagai daging serta tagine vegetarian yang dimasak perlahan sehingga sempurna. Antara makanan yang dihidangkan ialah lauk daging kambing yang paling hebat, dagingnya terpisah dari tulang dan lembut sampai mencair dalam mulut!

Jam operasi: 10:30 am – 11 pm (tutup Isnin)
Alamat: 113 -15 Geumdan- ro, Geumjong gu, Busan.
Panduan arah: Menaiki Busan Subway Line 1 ke Dusil station dan keluar dari Exit 8.
Telefon: +82- 10-2397-8801

 

  1. Hello India Al- Waha

Kredit: Hello India Al- Waha di Facebook

Hello India Al-Waha yang terletak dekat Haeundae Beach menghidangkan kombinasi makanan India dan Lebanon yang unik. Kalau anda makan di sini, kami mengesyorkan anda mencuba makanan Lebanon yang penuh dengan daging kambing dan kebab ayam, pelbagai daging barbeku, hummus dan salad segar.

Untuk makanan yang lebih berbaloi untuk wang, pesanlah set makanan tengahari yang berharga hanya 12,000KRW yang dihidangkan bersama salad, ayam tandoori, roti, kari ayam dan nasi briyani! Tiada lagi yang lebih baik daripada ini!

Kredit: Hello India Al- Waha di Facebook

Perhatian: Restoran ini menghidangi arak, namun semua makanan memang disediakan dengan bahan yang halal sahaja, serves alcohol, oleh itu sila makan mengikut budi bicara anda sendiri.

Jam operasi: 11am – 11pm
Alamat: 542-32 U-dong, Haeundae Beach, Busan.
Panduan arah: Menaiki Busan subway line ke Haeundae dan keluar dari Exit 3. Restoran tersebut terletak amat berhampiran dengan pantai dan mudah dicari.
Telefon: +82-51-731-2015

 

  1. Samarkand

Adakah anda pernah mencuba masakan Uzbekistan? Kalau tidak, cubalah makan di Samarkand yang terletak di tengah-tengah China Town, Busan. Pelbagai menu dihidangkan di Samarkand, termasuklah makanan yang sihat seperti satay kambing, schnitzel ayam, daging lembu panggang, dumpling goreng, serta mi sup lembu dan samosa (pastri dengan isian daging). Samarkand adalah tempat yang bagus kalau anda ingin mencuba masakan Uzbekistan.

Selepas makan, belanjalah sendiri dengan kek Rusia dan mencuci mulut dengan teh hitam yang baru dibancuh!

Operating hours: 10 am – 10pm
Alamat: 363-2 Choryang 2 dong, Dong-gu, Busan
Panduan arah: Menaiki subway line 1 ke stesen Busan dan keluar dari Exit 9. Samarkand hanya dalam jarak 5 min.
Telefon: +82-51-466- 4734

 

  1. Namaste

Kredit: @blancheeze di Instagram

Kadangkala, kari dan roti naan adalah paling sesuai untuk rasa baik dan selesa. Kalau anda ingin makan selera ketika bercuti, singgaplah di Namaste – salah satu restoran masakan India yang paling popular di sekeliling Pantai Haeundae. Bagi pencinta daging pula, jangan lupa mencuba vindaloo kambing,  For those meat lovers, don’t forget to order their lamb vindaloo, do pyaaza ayam, kari udang dan ayam tandoori. Selain itu, palak paneer (keju kotej dalam sos krim bayam) dan aloo goobi (campuran ubi kentang dan bunga kol) akan membangkitkan selera anda!

Kredit: @kaeguri18 di Instagram

Jam operasi: 11 am – 11 pm
Alamat: 31Gunam-ro, Haeundae Beach, Busan.
Panduan arah: Menaiki Busan subway line ke Haeundae dan jalan ke arah pantai. Restoran tersebut terletak di belakang kedai pameran mini Cooper/ BMW.
Telefon: +82-51-746-1946

 

  1. Jagalchi Market

Kredit: @nov.lynn di Instagram

Lawatan ke Busan tidak lengkap kalau anda tidak mengunjungi pasar ini. Pasar Jagalchi ialah pasar ikan dan makanan laut yang paling besar di Korea. Di sinilah penuh dengan restoran-restoran yang menjual makanan laut segar dan makanan laut kering.

Sama anda gemari sashimi, kerang, ataupun makarel panggang, anda pasti akan mencari makanan laut kegemaran anda di sini. Singgahlah di mana-mana restoran sahaja, dan cubalah makan makanan laut yang paling hebat di Korea.

Credit: @lingjiayee on Instagram

Alamat: 52 Jagalchihaean-ro, Nampo-dong, Jung-gu, Busan, South Korea
Jam operasi:  5:00 am – 8:00 pm (Closed on first and third Tuesday of every month)
Panduan arah: Menaiki Busan Subway Line 1 ke Jagalchi Market.

 

  1. Cheongsapo Suminine (수민이네)

Kredit: @mynameisdf di Instagram

Walaupun terdapat banyak restoran makanan laut di Busan, Cheongsapo Suminine, Haeundae, ialah sebuah restoran yang mesti dicuba. Menunya hanya mempunyai ikan belut, 3 jenis kerang (tiram, kepah dan udang), serta nasi dan mi segera sebagai hidangan iringan.

Yang paling istimewa di sini ialah makanan lautnya yang dipanggang atas arang di depan meja anda. Walaupun suasananya mungkin tidak menarik hati pada mulanya, namun lauk tiramnya yang dipanggang dengan mentega dan bawang ataupun ikan belut barbekunya pasti akan memuaskan selera anda.  😉

Kredit: @saurabh_nz di Instagram

Jam operasi: 12 pm – 7:00 am
Alamat: 18 Cheongsapo-ro 58beon-gil, Jung 2(i)-dong, Haeundae, Busan
Panduan arah: Menaiki Busan subway line ke Haeundae. Restoran tersebut mudah dicari dari pantai.
Telefon: +82-51-701-7661
Google map:

 

  1. Jack and the Beanstalk

Credit: Jack and the Beanstalk Vegan Kitchen on Facebook

Kalau anda ingin makanan yang lebih sihat namun masih lazat, Jack and the Beanstalk ialah restoran yang paling sesuai. Semua menu di restoran ini adalah vegan, dan dipenuhi dengan packed super salad, wrap, pasta, bibimbap fusion dan burger yang paling istimewa seperti falafel dan burger sayuran akar. Semua hidangan disediakan oleh pemiliknya, Sophia Kim, yang juga seorang vegan sendiri!

 

Kredit: Jack and the Beanstalk Vegan Kitchen di Facebook

Jam operasi: 11:00 am – 9:00 pm
Alamat: Haneulchae Apartment complex, Namcheon 2-dong, Suyeong-gu, Busan
Panduan arah: Menaiki Busan subway ke stesen Namcheon dan keluar dari Exit 1. Belok kanin di Hi Mart yang terletak 90M jauhnya dan jalan selama kira-kira 2 minit. Haneulchae Apartment berada di sebelah kiri anda. (Papan tandanya berwarna hijau)
Telefon: +82-10-9539-0365

 

  1. Loving Hut – Hairlatte

Cubalah sesuatu yang berbeza sewaktu lawatan anda ke Busan. Masuklah ke Loving Hut –Hairlatte yang merupakan sebuah francais kafe vegan antarabangsa. Restoran ini dijalani oleh sebuah keluarga dan mereka terkenal dengan pizza dan steak yang semuanya vegan, serta minimuman bukan alkohol, smoothie, dan pencuci mulut seperti ais krim organik dan kek.

Anda juga boleh beli bahan vegan di kedai mereka! Membeli-belah sambil makan, best giler! 😍

Jam operasi: 11:30 am – 9:00 pm (Closed on Sunday and Monday)
Alamat: 102, Rivers 5th, 14-1, Dongdaesin-dong, Seo-gu, Busan
Panduan arah: Menaiki Busan subway line 1 ke Dongdaesin. Jalan tersebut bersebelahan dengan Gudeok Baseball Stadium dan senang dicari. (Berdekatan Jagalchi Market)
Telefon: +82-51-248-6166

Usah risau dengan makanan di Busan! Pilihlah dari senarai restoran kami yang eksklusif ini dan nikmatilah pemandangan pantai Haeundae and jambatan Gwangalli yang menakjubkan, membeli-belah di Nampo-dong dan Shinsegae, serta pengalaman kebudayaan di Beomosa Temple! Selamat bercuti 😊

 

  1. Cappadocia Turkish Kebap House

 

Setelah mengalami kehidupan selama 3 tahun di Turki, saya amat teruja untuk mencari sebuah restoran di Busan yang menghidangi masakan Turki. Hidangan hummus dan roti ialah pembuka selera yang bagus sebelum kursus utama. Jus epal juga sedap. Masakan Turki kegemaran saya ialah Iskendar Kebab.

Restoran ini senang dicari, menaiki Metro, Line 1 (garis merah di atas peta Metro) ke Dusil dan keluar dari Exit 8. Jalan terus sehingga sebuah aliran air kecil di sebelah kanan anda. Belok kanan di kedai tayar situ (stesen minyak di seberang jalan sebelah kiri). Menyeberang aliran air itu dan jumpa sebuah masjid yang terletak di sebelah restoran Turki tersebut.